UIII Library Institutional Repositories

Mohamat, Rosyafinaz and Sumintono, Bambang and Hamid, Harris (2022) Analisis Kesahan Kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Menggunakan Model Rasch Pelbagai Faset (Content Validity Analysis of an Instrument to Measure Teacher’s Competency for Classroom Assessment Using Many Facet Rasch Model). Jurnal Pendidikan Malaysia, 47 (01). ISSN 21800782

[thumbnail of 47905-187425-1-PB - Bambang Sumintono.pdf] Text
47905-187425-1-PB - Bambang Sumintono.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (329kB)
Official URL: https://doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01-01

Abstract

Kesahan kandungan instrument adalah penting bagi memastikan item-item yang dibina berupaya mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan membincangkan sejauh mana item mewakili kandungan yang dimaksudkan. Kajian ini bertujuan menguji kesahan kandungan Instrumen Kompetensi Guru untuk Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (IkomGuruPBD) dengan menggunakan analisis Model Rasch Pelbagai Faset (MRPF). IkomGuruPBD terdiri daripada 56 item yang dibina berdasarkan 3 konstruk utama iaitu Pengetahuan PBD, Kemahiran PBD dan Sikap terhadap PBD. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan kuantitatif dengan pendekatan penilai berganda (multirater) menggunakan soal selidik IkomGuruPBD yang telah diedarkan kepada 12 orang panel pakar. Setiap pakar perlu menentukan tahap persetujuan mereka tentang kesesuaian setiap item dengan menggunakan skala Likert 3 mata terhadap tiga aspek penilaian bagi setiap item. Dapatan menunjukkan antara kelebihan MRPF adalah boleh menentukan tahap ketegasan penilai dan konsistensi penilai, juga mendapati dapatan respon luar jangkaan. Walaupun setiap penilai diberi instrumen, aspek penilaian dan kategori skala yang sama, namun MRPF boleh membandingkan tahap ketegasan secara individu bagi setiap penilai. MRPF juga boleh mengesan kualiti item untuk membantu pengkaji mengenal pasti item yang baik dan item yang lemah untuk ditambah baik. MRPF mempunyai kelebihan untuk memberikan maklumat yang lengkap mengenai ciri psikometrik bagi IkomGuruPBD yang diuji.

Key Words: Kesahan Kandungan; Model Rasch Pelbagai Faset; Kompetensi; Pentaksiran Bilik Darjah; Ketegasan penilai

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Education
Depositing User: Unnamed user with email lib@uiii.ac.id
Date Deposited: 12 Jul 2022 08:54
Last Modified: 05 Sep 2022 06:25
URI: http://repositories.uiii.ac.id/id/eprint/71

Actions (login required)

View Item
View Item